Jantina ‘isteri’ terbongkar selepas 2 minggu berkahwin

Sememangnya perkahwinan dengan jantina yang sama adalah pelik, malah undang-undang turut tidak membenarkan ia berlaku.

Bukan sahaja Malaysia, tetapi negara-negara luar juga turut melarang walaupun ada di antara mereka yang mengamalkan hubungan sejenis seperti gay, lesbian mahupun biseksual.

Kebiasaannya apabila bercakap tentang golongan ini, kita pasti membayangkan hanya mereka yang tidak kuat iman melakukan hubungan bertentangan itu.

Tetapi kali ini ia berlaku kepada seorang imam di Uganda, Sheikh Mohammed Mutumba, 27, yang berkahwin dengan dengan seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita.

Mutumba berkata, selama 2 minggu perkahwinannya, keadaan itu tidak langsung mencurigakan kerana “isterinya” berada dalam keadaan haid, maka beliau tidak boleh menyentuh sehingganya kembali suci.

Namun kisah itu terbongkar apabila “isterinya” ditahan kerana mencuri televisyen dan pakaian milik jiran mereka.

Malah lebih mengejutkan apabila polis mengesahkan “isterinya” itu adalah seorang lelaki bernama Richard Tumushabe.

Ia diakui oleh Richard sendiri yang pada mulanya menggunakan nama samaran Swabullah Nabukeera.

Menurut Richard, perbuatannya itu adalah semata-mata bertujuan untuk mencuri wang imam tersebut.

Susulan insiden itu, Mutumba memberitahu, beliau sangat kecewa dan memerlukan khidmat kaunseling.

Namun ketua Imam, Sheikh Isa Busuulwa berkata, beliau perlu menggantung tugas Mutumba bagi memelihara integriti.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]