RM2.7 juta untuk Lisa Blackpink jadi model iklan

Blackpink yang dianggotai 4 jelitawan – Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose tidak asing lagi dalam kalangan peminat K-pop.

Tetapi, Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban yang berasal dari Thailand sering mendapat perhatian media dan pengguna media sosial.

Populariti gadis berusia 23 tahun itu tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau mempunyai 28.5 juta pengikut, paling ramai di Instagram yang mengalahkan artis K-pop lain, termasuk kumpulan terkenal BTS.

Media Thailand, Thairath baru-baru ini mendedahkan penganjur perlu membayar 5 juta baht atau RM671,000 untuk Lisa tampil 2 jam dalam sesebuah acara.

Bayaran untuk penyanyi itu berlakon dalam drama ialah 10 juta baht (RM1.34 juta), filem 15 juta baht (RM2 juta) dan 20 juta baht (RM2.7 juta) untuk pengiklanan produk.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]