Selepas 3 tahun bercinta Rihanna akhirnya berpisah dengan jutawan Arab Saudi

Penyanyi sensasi Rihanna dilaporkan telah berpisah dengan teman lelakinya, Hassan Jameel yang juga merupakan seorang jutawan Arab Saudi selepas tiga tahun pasangan itu menjalinkan hubungan cinta.

Menurut sumber, pasangan itu sudah terputus hubungan dan tidak lagi menghubungi antara satu sama lain sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka sudah tidak bersama sejak beberapa bulan lalu,” kata sumber itu seperti dilaporkan USweekly.com

Penyanyi lagu “Dont Stop The Music” sebelum ini tidak begitu terbuka untuk berkongsi kepada umum mengenai hubungan cintanya bersama Hassan.

Bagaimanapun pada Jun tahun lalu pemilik rangkaian kosmetik Fenty Beauty ini menyatakan kesediaan untuk menjadi isteri kepada teman lelakinya itu.

Malah, Rihanna juga beberapa kali dikesan meluangkan masa bercuti bersama teman lelakinya itu bersama keluarga di sebuah pusat peranginan di Capri, Itali.

Rihanna dan Hassan sebelum ini dilaporkan pernah putus cinta pada Julai 2018 namun kembali menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki sama.

Hassan Jameel merupakan seorang usahawan muda dan juga pewaris kekayaan keluarganya Abdul Latif Jameel Company.

Keluarganya merupakan antara yang paling kaya di Arab Saudi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]