Penjaga gol Man U, Romero terlibat nahas jalan raya Lamborghini remuk teruk

Jika melihat kepada keadaan kereta yang remuk teruk pasti sesiapa sahaja akan terfikir pemandunya mesti cedera parah.

Namun nasib menyebelahi penjaga gol Manchester United, Sergio Romero apabila beliau dilihat masih boleh berjalan berhampiran keretanya.

Romero yang terlibat dalam kemalangan jalan raya menyaksikan kereta mewah yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran lokasi latihan pasukannya di Carrington, Manchester.

Berdasarkan foto-foto yang tersebar di media sosial seperti yang dilaporkan Daily Mail, kelihatan Lamborghini milik Romero remuk teruk akibat melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas Manchester United tewas 0-2 di tangan Liverpool.

Romero bertindak sebagai pemain pengganti dalam perlawanan itu.

Romero yang merupakan pemain antarabangsa Argentina, dipercayai membeli kereta itu pada 2017 tidak lama selepas United mengalahkan Southampton untuk memenangi Piala Liga di Wembley.

Pemain berusia 32 tahun itu menyertai United sejak 2015.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]