Seronok bergambar bawa padah… Anjing German Shepherd gigit muka, kena 40 jahitan

Seorang gadis baru-baru ini berdepan detik mendebarkan ketika sedang posing mengambil gambar dengan seekor anjing.

Remaja bernama Lara berasal dari Argentina itu berkongsi gambarnya di Twitter, menunjukkan bagaimana kejadian dia diserang anjing German Shepherd.

Menurut Lara, dia sendiri tidak pasti sama ada anjing itu menyerangnya di muka kerana dia sentuh pinggul haiwan itu atau kerana ia sudah tua dan keliru.

Atau menurut Lara mungkin juga kerana dia terlalu rapat dengan anjing tersebut menyebabkan haiwan itu takut dan terus menyerangnya lapor Daily Star.

Melalui beberapa gambar yang dikongsi di Twitter itu, Lara boleh dilihat tersenyum dan gembira di samping anjing bernama Kenai.

Tapi pada gambar seterusnya, kamera Lara berjaya merakamkan detik ketika Kenai membuka mulut dan menggigit muka Lara.

Disebabkan itu, Lara mengalami kecederaan di muka dan gusinya hingga terpaksa menjalani dua pembedahan berasingan.

Menurut doktor, Lara terpaksa melalui 40 jahitan di muka dan gusinya.

Dia juga ada berkongsi gambar wajahnya selepas menerima rawatan dan dijahit.

Kata Lara, dia tidak merasa apa-apa kesakitan ketika digigit anjing tersebut dan tidak akan menyalahkan haiwan itu kerana semuanya tak disengajakan.

Lara kini dalam proses pemulihan dan mukanya mengalami keradangan namun bertahan dengan ubat yang diberikan doktor.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]