Cara pelik rawat kemurungan isteri?
Mengurangkan risiko kanser, menurunkan tekanan darah, melambatkan proses penuaan dan menyihatkan rambut wanita antara khasiat air mani jika ditelan.
Sudah lumrah seorang wanita, mereka pasti akan suka dan gembira apabila dibelai, disayang, dimanja dan diberi perhatian sepenuhnya oleh lelaki yang dicintai.
Dalam pada itu, sebenarnya ada beberapa perkara kecil yang boleh boleh memberi manfaat kepada seorang wanita menerusi ikatan perkahwinan dan hubungan seks.
Antaranya, telan air mani suami. Wah! Agaknya apa khasiat air mani suami sampai ia mampu membahagiakan seorang wanita?
Adakah ia normal?
Sebelum pergi lebih lanjut mengenai khasiat air mani suami yang dikatakan boleh beri impak positif kepada tahap kesihatan isteri, kita perlu tahu sama ada perbuatan telan air mani ketika melakukan hubungan intim ini adalah normal atau tidak terlebih dahulu.
Jawapannya, ia adalah normal dan kebanyakan suami isteri pasti melakukannya.
Ini kerana perbuatan seks oral adalah satu teknik yang sering diamalkan dalam kehidupan semua pasangan.
Jadi, sudah pasti perbuatan menelan atau tertelan air mani ini adalah normal.
Oleh itu, jika anda yang merupakan seorang wanita gemar minum air mani suami, usah khuatir.
Bukan anda seorang sahaja yang mempunyai hobi unik seperti itu. Cuma, jangan pula terlalu obses dengannya sehingga tidak mahu melakukan seks penetrasi, ya?
Adakah ia selamat?
Baiklah, kita sudah tahu bahawa perbuatan telan air mani adalah sesuatu yang normal.
Persoalannya seterusnya, adakah ia selamat? Untuk pengetahuan anda, ia adalah selamat dan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan negatif malah ada banyak khasiat air mani.
Jadi, anda yang selalu mengamalkan perbuatan ini tidak perlu risau.
Ini kerana komponen yang membentuk air mani boleh ditelan dan dicerna di dalam perut dengan cara atau proses yang sama makanan dan minuman dihadam.
Namun, ia mungkin akan memberi efek kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap air mani.
Buat anda yang masih belum tahu, sesetengah individu sebenarnya alah terhadap air mani dan keadaan ini dikenali sebagai human seminal plasma hypersensitivity (HSP).
Apa rasa air mani?
Untuk mengetahui rasanya, mesti kita perlu tahu “ramuan” yang terdapat di dalamnya terlebih dahulu, bukan?
Untuk pengetahuan anda, cecair yang terkandung di dalamnya dihasilkan dari rembesan organ reproduktif lelaki.
Ia mengandungi fruktosa, enzim, potasium, zink, phosphorylcholine, prostaglandin, asid sitrik dan asid amino.
Dalam pada itu, air mani mengandungi sperma. Jadi, apa rasanya? Air mani yang normal mempunyai rasa yang masin, manis, masam atau pahit, bergantung kepada individu.
Ini kerana rasa ini akan berubah dan bergantung kepada diet makanan dan minuman yang akan mengubah komposisi air mani, sekali gus menukar rasanya.
Khasiat air mani yang ramai tidak tahu
Persoalannya, adakah benar khasiat air mani dalam merawat kemurungan ini memang wujud atau sekadar kepercayaan karut semata-mata?
Jawapannya, ia bukan mitos atau auta dan menurut pelbagai kajian yang pernah dijalankan, khasiat air mani memang ada.
Menurut kajian yang diterbitkan di laman sesawang Psychology Today, air mani lelaki mengandungi pelbagai unsur nutrien yang boleh diserap masuk ke dalam aliran darah individu yang mengambil air mani – sama ada ditelan atau dimasukkan ke dalam rongga badan.
Apakah nutrien yang diperkatakan tersebut? Berikut adalah kandungan zat yang terdapat dalam air mani seorang lelaki:
- Zat endorfin, estrone, prolaktin, estrogen, oksitosin, prostaglandin, tirotropin dan serotonin: ia berfungsi meningkatkan mood individu
- Kortisol: ia berfungsi mengurangkan tekanan
- Melatonin: ia berfungsi memudahkan individu untuk tidur
- Hormon perangsang folikel dan luteinizing: ia berfungsi menghilangkan stres dan menggalakkan ovulasi
- Imunosupresan: ia berfungsi menghalang sistem imun tubuh badan wanita dari membunuh sperma
Dalam erti kata yang lebih mudah, memang terdapat banyak khasiat air mani yang kita sendiri mungkin belum sedar mengenainya. Jadi, pengambilan secara oral atau seks penetrasi sudah tentu boleh membantu merawat kondisi kesihatan isteri seperti kemurungan!
Bukan sahaja ia boleh membantu merawat kemurungan, air mani lelaki juga sebenarnya boleh mendatang beberapa manfaat kesihatan yang lain, termasuklah:
1. Mengurangkan risiko kanser
The Journal of American Medical Association mendedahkan bahawa kekerapan ejakulasi sperma mempunyai kaitan dalam pengurangan risiko kanser prostat bagi lelaki. Ini bermaksud lebih kerap anda mengeluarkan air mani, lebih rendah risiko kanser prostat di kemudian hari.
Selain itu, penyerapan air mani melalui dinding faraj juga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser payudara bagi wanita. Ini kerana di dalam air mani terkandung bahan anti kanser seperti glikoprotein dan selenium yang terdapat di dalam sperma lelaki.
2. Menurunkan tekanan darah
Khasiat air mani yang seterusnya adalah ia mampu menurunkan tekanan darah bagi wanita yang mengambil air mani secara seks oral atau seks penetrasi. Bukan itu sahaja, ada juga kajian yang menyatakan ia mampu merendahkan risiko praeklampsia!
Namun, ini hanyalah sekadar penelitian awal yang masih memerlukan kajian lanjutan untuk benar-benar membuktikan kesahihannya. Jadi, sila berjumpa doktor untuk memastikan tekanan darah anda sentiasa berada di tahap yang terkawal, ya?
3. Melambatkan proses penuaan
Ada mitos yang mengatakan air mani lelaki adalah bagus untuk disapu pada kulit muka wanita sebagai rahsia kulit awet muda. Adakah ini benar atau sekadar mitos? Meskipun ia kedengaran agak janggal dan kelakar bunyinya, namun ia mungkin masih ada benarnya.
Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih daripada 200 jenis protein, vitamin dan mineral di dalam air mani lelaki khususnya zink – agen antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan. Jadi, pengambilan air mani mungkin boleh membantu wanita menjadi lambat tua.
4. Menyihatkan rambut wanita
Bukan sahaja air mani lelaki bagus untuk kesihatan wanita jika ditelan atau diserap melalui hubungan seks, namun ia juga dikatakan boleh menyihatkan rambut jika disapu pada bahagian tersebut. Mungkin, ia boleh dijadikan sebagai ‘syampu’?
Menurut kajian, air mani lembu boleh digunakan untuk mengembalikan seri rambut yang telah rosak atau kusam. Ini kerana ia mengandungi protein dan vitamin E yang jauh lebih banyak berbanding produk penjagaan rambut yang ada di pasaran.
Namun, kajian ini hanya menggunakan air mani lembu sebagai subjek. Jadi, kajian lanjutan perlu dijalankan dengan menggunakan subjek manusia pula sebelum ia benar-benar terbukti kesahihan kenyataan ini.
Kesimpulannya, terdapat banyak khasiat air mani untuk wanita jika ia ditelan atau diserap melalui hubungan seks termasuklah membantu merawat kemurungan yang dialami.
Pun begitu, ia masih memerlukan kajian lanjutan kerana ia belum benar-benar terbukti sehingga mampu dijadikan sebagai salah satu daripada sumber untuk sektor perubatan.
Namun air mani juga mungkin mempunyai mudarat lain seperti alahan, penyebaran penyakit kelamin, membangkitkan rasa loya atau muntah, mendatangkan sakit kepala ataupun membangkitkan trauma.
Jadi, sila kenali diri anda terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menelan air mani suami!
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]