KFC mohon maaf iklan seksis kanak-kanak terlopong lihat tubuh wanita

Gara-gara iklan yang dikatakan seksis, KFC Australia membuat permohonan maaf.

Iklan tersebut dianggap menjatuhkan dan memalukan maruah wanita kerapa memaparkan 2 kanak-kanak lelaki terlopong melihat seorang wanita membetulkan kedudukan payudara.

Permintaan maaf itu selepas Collective Shout, kelompok yang menentang objektifikasi perempuan, mengutuk iklan tersebut, mengatakan ia regresi kepada stereotaip lama di mana wanita muda menjadi objek seksual laki-laki.

“Iklan seperti ini menguatkan idea tidak betul mengenai kanak-kanak lelaki. Ini satu lagi manifestasi suatu kiasan mengenai kanak-kanak lelaki, pandangan yang menghalang keupayaan kita mencabar idea-idea seksis yang menyumbang kepada tingkah laku berbahaya terhadap wanita dan perempuan,” kata jurucakap, Melinda Liszewski.

Iklan berdurasi 15 saat itu ditayangkan di televisyen Australia selama 3 minggu dan turut dimuatnaik di YouTube KFC Australia.

Iklan mempromosi burger Zinger itu memaparkan seorang wanita membetulkan kedudukan payudaranya pada cermin tingkap kereta.

Babak seterusnya menyaksikan cermin kereta diturunkan dan 2 kanak-kanak lelaki dalam kenderaan itu terlopong.

Wanita itu hanya mampu tersenyum dan bertanyakan “Ada sesiapa sebut KFC?”

“Kami memohon maaf jika ada yang tersinggung dengan iklan terbaru kami. Tujuan kami bukan untuk stereotaip wanita dan kanak-kanak lelaki secara negatif,” kata jurucakap unit KFC dalam kenyataan ringkas.

KFC sehingga kini belum mengesahkan sama ada ia akan menghentikan penggunaan iklan tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]