Wow… Jisoo Blackpink ada kakak sama cantik dan jelita

Peminat dunia K-Pop terpukau apabila mengetahui salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo sebenarnya mempunyai seorang kakak yang mempunyai paras rupa yang sama cantik dengannya.

Ia bermula apabila Kim Ji Yoon iaitu kakak Jisoo tampil dalam sebuah program TV di Korea Selatan bersama suami dan dua orang anak lelakinya baru-baru ini.

Rata-rata netizen kagum dengan kejelitaan kakak sulung Jisoo itu biarpun sudah berusia 30 tahun.

“Wah wajah Jisoo dan kakaknya betul-betul seiras.

“Macam tak percaya kakak Jisoo sebenarnya dah ada dua orang anak,” kata peminat seperti dilaporkan media Korea.

Untuk rekod, tahun lalu abang kepada Jisoo iaitu Kim Jung Hun turut mendapat perhatian peminat apabila mereka dilihat bersama-sama hadir ke sebuah majlis perkahwinan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]