Hubungan Brad, Jennifer: Angelina tidak kisah tahu mereka hanya berkawan

Bibit cinta yang kemungkinan kembali bertaut selepas pertemuan semula pelakon Jennifer Aniston dengan bekas suaminya yang juga pelakon Brad Pitt di SAG Awards baru-baru ini menarik perhatian peminat kedua-dua artis ini.

Rata-rata mereka teruja melihat pasangan itu berpegangan tangan malah tersenyum sesama sendiri dengan penuh makna setiap kali bertentang mata.

Bagaimanapun ada segelintir peminat Hollywood ini ingin mengetahui apa perasaan bekas isteri Brad Pitt iaitu Angelina Jolie mengenai hubungan tersebut.

Menerusi laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Angelina tidak kisah dengan perkara itu memandangkan dia sudah mengetahui hubungan antara Brad dan Jennifer.

“Angelina tidak kisah mengenai pertemuan semula Jennifer dan Brad di SAG Awards baru-baru ini. Dia sudah lama mengetahui mereka berdua hanya berkawan.

“Namun dia tidak mahu membiarkan isu tersebut memakan dirinya,” kata sumber.

Brad, 56 pernah berkahwin dengan Jennifer, 50 namun bercerai dan kemudian berkahwin dengan Angelina.

Dia dan Angelina mendirikan rumah tangga pada 2014 selepas 10 tahun bercinta dan bercerai pada September 2016.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]