Sedih… Singa di Al-Qureshi Park kurus kering tidak makan berminggu

Apa perasaan anda jika melihat haiwan yang menjadi kebanggaan dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya.

Itulah yang berlaku kepada lima ekor singa Afrika yang disifatkan kekurangan zat dan sakit.

Netizen meluahkan kemarahan selepas melihat kejadian ini dan mahu haiwan berkenaan dipindahkan ke habitat yang lebih baik.

Lima singa berkenaan ditempatkan di Al-Qureshi Park, Khartoum, Sudan namun sudah beberapa minggu tidak mendapat bekalan makanan dan ubatan mencukupi.

Pegawai dan kakitangan perubatan taman itu berkata, keadaan haiwan itu terus merosot sejak kebelakangan ini.

Malah ada di antaranya kehilangan dua pertiga daripada berat badan sebelum ini.

Pengurus taman berkenaan, Essamelddine Hajjar berkata, makanan tidak selalu ada dan mereka akan menggunakan duit sendiri untuk membeli makanan bagi diberikan kepada singa berkenaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]