Apa ramalan hidup anda pada 2020 berdasarkan zodiak Cina?

Setiap kali menyambut perayaan Tahun Baru Cina, ramalan akan mulai dibuat tentang tahun tersebut sama ada seseorang itu untung atau tidak.

Ia berdasarkan kitaran enam puluh tahun sejak Dinasti Shang di mana ia diasaskan astrologi Cina.

Terdapat satu zodiak Cina, iaitu kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan yang melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza.

Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang tikus disusuli dengan binatang-binatang yang lain.

Pengasas Kajian Good Feng Shui Geomantic, Kenny Hoo yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang ini menjelaskan satu persatu tentang setiap zodiak pada tahun 2020.

1. Tikus (2008, 1996, 1984, …)

Menurut Hoo, 2020 merupakan Tahun Tikus Emas, ia akan menjadi tahun yang aman dan tenang buat mereka.

Tahun ini juga akan menyaksikan tikus akan dibanjiri dengan nasib yang sangat baik dan mempunyai sokongan kuat dalam kehidupan mereka.

Wanita yang dilahirkan di Tahun Tikus juga digalakkan untuk hamil tahun ini, kerana kanak-kanak akan membawa nasib yang lebih baik kepada isi rumah mereka.

2. Lembu (2009, 1997, 1985, …)

Lembu akan merupakan salah satu zodiak yang mempunyai nasib baik pada tahun ini.

Seperti Tikus, lembu akan menerima sokongan besar dari orang lain.

Malah apa yang lebih penting, semua projek-projek yang bermula tahun ini akan menghasilkan ganjaran yang lumayan.

“Ini akan menjadi tahun yang baik untuk mereka bagi mendapatkan” tuaian”. Banyak perkara baik akan berlaku kepada mereka,” jelas Hoo.

Anda juga disarankan untuk meneruskan setiap perkara yang anda rancang kerana ia akan menghasilkan perkara yang baik buat mereka termasuk aspek kesihatan.

3. Harimau (2010, 1998, 1986, …)

Tahun 2020 merupakan tahun paling sibuk buat mereka yang lahir pada tahun Harimau.

Namun dalam aspek pelaburan, anda akan jatuh sedikit dan dinasihatkan supaya tenang dan sabar serta mencari alternatif lain untuk mengukuhkan kewangan mereka.

Bintang harimau ini juga perlu menjaga kesihatan dengan baik dan luangkanlah masa dengan orang tua sebaiknya.

4. Arnab (2011, 1999, 1987, …)

Arnab akan lebih ceria pada tahun ini kerana banyak sokongan yang diterima dan perniagaan mereka juga akan lebih maju.

Bagaimanapun anda perlu menjaga hubungan dengan lebih baik kerana akan diganggu oleh pihak yang tidak diingini atau orang ketiga.

Oleh itu pengurusan dalam perhubungan perlu dilakukan supaya tidak berlaku salah faham.

5. Naga (2012, 2000, 1988, …)

Bagi mereka yang lahir pada bintang ini, anda harus menjauhkan diri daripada orang pandangan yang negatif.

Gosip tidak berfaedah negatif harus diabaikan dan jika tidak berhati-hati, anda akan dikenakan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, 2020 akan menjadi tahun yang bermanfaat kerana banyak peluang perniagaan yang akan datang kepada mereka.

6. Ular (2013, 2001, 1989, …)

Ular perlu berhati-hati mengenai kesihatan mereka pada tahun ini.

Anda perlu menguatkan otot dan lakukan latihan untuk meningkatkan sistem imunisasi.

Malah anda juga perlu bersabar dalam setiap dugaan yang datang kerana kejayaan akan menghampiri anda pada akhirnya.

7. Kuda (2014, 2002, 1990, …)

2020 bukan tahun yang mudah untuk kuda kerana mereka perlu menjadi lebih konservatif dalam membuat keputusan.

Jangan membuat perubahan drastik dalam setiap keputusan terutamanya pada bulan Jun dan Disember.

Setelah membuat keputusan, kuda perlu berunding dengan mana-mana pihak yang lebih arif dalam suatu perkara.

8. Kambing (2015, 2003, 1991, …)

Kambing mempunyai masa depan yang baik sepanjang 2020 ini, baik dengan keluarga mahupun dengan rakan di tempat kerja.

Kambing perlu memanfaatkan perkara ini dan berusaha mengembangkan khusus dalam bidang perniagaan.

Dalam hal ini anda akan melihat peluang perniagaan baru, wilayah baru, pasaran baru yang belum wujud dalam negara dan anda akan terokainya dengan lebih lanjut.

9. Monyet (2016, 2004, 1992, …)

Monyet akan semakin terkenal pada umum kerana mereka akan mengeksploitasi pasaran baru dan menubuhkan perniagaan tersebut serta mengembangkannya dengan bantuan rangkaian yang ada.

Monyet sepatutnya bergerak lebih jauh dalam meningkatkan perniagaan, perkhidmatan dan produk mereka untuk mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan.

Oleh itu anda perlu kekal sihat dan mempunyai tenaga penuh dalam menceburkan diri membuka fasa baru dalam kehidupan mereka.

10. Ayam (2017, 2005, 1993, …)

2020 merupakan tahun yang bahagia untuk ayam, sama ada dalam perkahwinan atau peningkatan prestasi dalam bidang pekerjaan.

Namun, sikap romantis ayam ini akan membuatkan banyak pihak tidak menyenanginya. Oleh itu, anda perlu tingkatkan persefahaman antara kedua-dua pasangan dalam hubungan.

Ayam akan menikmati tahun yang sangat baik pada 2020 dan semua yang dirancang akan dapat direalisasikan dengan baik.

11. Anjing (2018, 2006, 1994, …)

2020 akan bermula dengan cara yang tidak baik untuk anda, tetapi penyelamat akan muncul pada separuh kedua tahun sekitar Oktober.

Anda dinasihatkan untuk lebih banyak bersabar pada tahun ini, yang paling penting jangan cuba membuat keputusan drastik seperti menukar pekerjaan membuat pelaburan yang besar.

Anda juga harus berunding dengan orang yang lebih pakar sebelum keputusan dibuat.

12. Babi (2019, 2007, 1995, …)

Sama seperti Ular, anda harus berjaga-jaga dalam bab kesihatan.

Anda juga perlu mengambil kesempatan dalam mempelajari banyak perkara tentang kemahiran, terutamanya berkaitan hal teknologi.

Ia akan meningkatkan peluang kerjaya anda untuk masa hadapan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]