Bagaimana China dapat bekalan jual daging koala di pasar basah Wuhan?

Ketika dikejutkan tentang wabak Koronavirus yang datangnya daripada salah satu binatang eksotik di pasar basah Wuhan, terdapat perkara yang menyedihkan bagi masyarakat Australia apabila pasar itu turut menjual daging koala.

Ia dijual pada harga RM41, namun tidak dapat dipastikan sama ada harga berkenaan untuk setiap kilo atau seekor koala.

Pendedahan tersebut dibuat seorang pengguna Twitter bernama Muyi Xiao di mana dia memberitahu yang koala turut menjadi “mangsa” binatang eksotik yang dijual oleh masyarakat China.

“Cuba anda lihat pada menu daging haiwan yang ada di sana. Mereka turut makan koala. Tiada haiwan yang selamat daripada dimakan di China.

“ ‘Disembelih segar, dibekukan dan dihantar terus ke rumah anda’, antara yang tertera pada papan harga yang terdapat di pasar berkenaan,” tulis salah satu komen yang terdapat di laman Weibo, hari ini.

Penduduk Australia turut tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendapat stok koala hidup sedangkan haiwan berkenaan cuma boleh didapati di Australia sahaja.

Dalam Daily Mail UK turut melaporkan bahawa pasar basah ini turut menjual daging koala mentah yang segar untuk dimakan oleh penduduk setempat.

Berita berkenaan ternyata mengejutkan serta menimbulkan kemarahan penduduk Australia.

Semua binatang eksotik ini dijual di Huanan Seafood Market yang terletak di tengah-tengah bandar Wuhan.

Dan ketika ini pasar tersebut telah ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa berikutan wabak Koronavirus dikatakan datang daripada binatang eksotik yang dijual iaitu ular berbisa dengan nama saintifiknya “Bungarus multicinctus”.

Kesan daripada itu, ia telah mengakibatkan 25 orang mati, manakala 450 lagi dijangkiti.

Kini wabak itu masuk ke negara-negara luar seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan.

Selain ular dan koala, anjing, ular, tikus dan kelawar turut dijual kepada masyarakat tempatan.

Sumber gambar : twitter Muyi xiao

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]