Dasar pentingkan diri… Rakyat Wuhan langgar arahan ke Perancis jumpa kekasih

Rakyat China khususnya di Wuhan perlu berjaga-jaga dan mempunyai kesedaran yang tinggi supaya tidak menjadi orang yang menyebarkan wabak Koronavirus kepada pihak luar.

Maka mereka tidak digalakkan untuk keluar dari wilayah tersebut sehinggalah keadaan pulih seperti sediakala.

Namun seorang wanita dari Wuhan dikenali sebagai Yan dengan bangganya memuat naik di laman sosial WeChat bahawa dia berjaya “menipu” bahagian pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang.

Penipuan itu dibuat bertujuan bagi meneruskan niat untuk berjumpa dengan kekasihnya di Perancis.

Bagaimanapun Yan sebenarnya mengalami demam dan batuk yang teruk, namun dia mendakwa ubat sentiasa diambil bagi memastikan suhu badannya turun.

Tindakan Yan ini sekaligus memperlihat yang dia tidak peduli jika dia bakal menjadi punca penyebaran virus itu kepada masyarakat luar.

Malah wilayahnya juga kini diisytihar “darurat” dengan wabak Koronavirus.

Keadaan kritikal ini telah menyebabkan 26 kematian dicatatkan, sementara 830 pula disahkan positif.

Malah ada juga kejadian yang baru sahaja berlaku di mana seorang individu di Wuhan rebah tiba-tiba dan disahkan mati akibat wabak tersebut.

Dan kini ia mula merebak ke Singapura di mana seorang warga negara China turut disahkan positif Koronavirus, sekaligus individu terbabit dikuarantin selama seminggu di salah sebuah hotel di Singapura.

Bagaimanapun tindakan “bodoh” Yan ini kecoh hingga memaksa kedutaan China di Perancis menghubunginya pada 22 Januari dan mengarahkan wanita itu pergi ke hospital untuk pemeriksaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Sumber gambar : The Weather Channel, SCMP