Harga Perodua Myvi GT perlu sesuai dengan ‘spec’ dan relevan

Sejak Perodua melancarkan Myvi, model inilah yang paling berjaya dan terlaris bagi Perodua.

Malah, model ini berjaya menjadi pilihan pelbagai golongan termasuk golongan bujang, para wanita, keluarga kecil.

Sekitar November lalu pada atur cara Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018), Perodua telah menampilkan sebuah model Myvi GT.

Kehadiran model ini secara tidak langsung berjaya membuatkan orang ramai teruja serta membayangkan kehadiran kereta ini di jalanan.

Rekaan Myvi GT ini sangat menarik perhatian kerana rekaan sporty kereta ini menambahkan lagi kecantikan Myvi sedia ada.

Antara ciri khas yang ditambah pada Myvi GT ini termasuklah rekaan garisan pada bahagian badan, skirting yang lebih menarik, tayar bersaiz 17-inch, brake pad jenama Brembo dan panel sunroof!

Bahagian dalam juga diberi perincian yang hebat dengan stereng yang lebih sporty serta bucket seat ala Recaro.

Enjin untuk Myvi GT pula bagaimanapun masih lagi menggunakan enjin standard Myvi tanpa pengubahsuaian.

Meskipun menerima respon yang positif, CEO Perodua, Zainal Abidin Ahmad baru-baru ini menyatakan pihak Perodua masih mengkaji dari segi harga serta memastikan jumlah jualan yang diperlukan sebelum membuat keputusan sama ada model ini relevan untuk dilancarkan atau tidak.

Sekiranya Perodua berjaya menawarkan harga yang berpatutan buat model Myvi GT, sudah pasti model ia bakal menjadi antara kereta paling laris dijual bagi 2020.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]