Kes koronavirus di China terus meningkat, 25 kematian

BEIJING: China mengesahkan 830 kes pesakit dijangkiti koronavirus baru setakat semalam, dengan kematian akibat virus itu meningkat kepada 25 mangsa, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini.

Virus itu muncul di bandar Wuhan di negeri Hubei pada penghujung tahun lepas dan sudah merebak ke bandar-bandar China lain termasuk Beijing dan Shanghai, serta Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan, dan Jepun.