UFO bentuk cerut dikesan terbang di Taman Negara Azion

Seorang juruterbang sebuah pesawat merakamkan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) di ruang udara Utah, Amerika Syarikat pada ketinggian 40,000 kaki.

Rakaman itu yang diambil ketika pesawat itu melintasi Taman Negara Azion dan memperlihatkan satu objek putih yang aneh sedang terbang di udara.

Lapor Daily Star, bentuk UFO itu kelihatan seperti cerut, sekali gus memadankan dengan penemuan seumpamanya sejak beberapa bulan lalu.

Berdasarkan ketinggian pesawat itu, adalah sukar untuk menentukan berapa pantas ia terbang.

Klip video tersebut diambil pada September 2019, tetapi ia baru ditemui baru–baru ini selepas dimuat naik di saluran YouTube Tales From Out There.

Menerusi keterangan video, rakaman berkenaan diambil daripada sebuah kokpit pesawat pada ketinggian 40,000 kaki.

Tambahnya, mereka mengesan objek terbang pada ketinggian yang lebih rendah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]