6 wanita warga asing tawar khidmat seks di pusat refleksologi ditahan

6 wanita warga asing yang ditahan polis di pusat refleksologi di Jalan Coastal, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Polis Sabah berjaya membongkar aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik pusat urut refleksologi.

Enam wanita asing berusia antara 20 dan 30 tahun turut ditahan di pusat refleksologi di Jalan Coastal dalam serbuan jam 12.10 malam tadi.

Polis juga menahan seorang lelaki berusia 27 tahun, yang dipercayai menjadi pelanggan, selepas ditemui di berdua-duaan dalam bilik dengan salah seorang wanita yang ditahan.

Tangkapan itu dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu dalam operasi yang dipanggil “Ops Noda.”

Ketua D7 Kota Kinabalu, Alhusin Halil berkata kondom, tuala dan tisu, dipercayai digunakan dalam aktiviti pelacuran itu dijumpai ketika pemeriksaan dilakukan.

“Pegawai D7 menahan 5 wanita asing dipercayai bekerja di rumah urut itu sebagai pelacur. Kami juga merampas RM300 dipercayai bayaran untuk perkhidmatan seks yang diberikan oleh pelanggan kepada salah seorang wanita,” kata Alhusin, sambil menambah semua yang ditahan dan barang yang dirampas dihantar ke balai polis Karamunsing.

Kes itu disiasat di bawah seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Wanita dan lelaki yang dipercayai pelanggan ditemui di salah satu bilik di pusat refleksologi