Mengapa tikus binatang pertama dalam zodiak Cina?

Kita semakin menghampiri akhir tahun babi, dan memasuki tahun tikus yang merupakan mamalia kecil, binatang pertama dalam zodiak Cina.

Pasti ramai yang mempersoal mengapa binatang kecil ini menduduki tempat pertama dalam zodiak tersebut dan apa kelebihannya berbanding binatang lain yang lebih besar?

Kuasanya seperti kerajaan tertinggi dan sangat dinantikan banyak pihak setiap sambutan Tahun Baru Cina.

Terdapat mitos Cina yang perlu diketahui bagaimana susunan setiap binatang dibuat dalam kalendar mereka.

Tokoh utama agama rakyat China, Kaisar Jade mengeluarkan perintah kepada semua haiwan bahawa sesiapa di antara mereka yang sampai kepadanya terlebih dulu akan dianugerahi tempat di kalendar zodiak.

Perlumbaan itu diadakan sehingga memaksa mereka menempuh sungai besar yang perlu dilalui sebelum sampai ke garisan penamat.

Pada peringkat permulaan, tikus dan kucing antara binatang yang terbaik.

Namun kedua-duanya takut ditenggelami air jika mereka cuba melintasinya.

Oleh itu, mereka merayu kepada kebaikan lembu untuk membiarkan mereka naik di belakangnya ketika menyeberangi sungai.

Lembu tersebut membenarkannya, lalu kucing dan tikus naik ketika lembu meredah sungai tersebut.

Semasa melintasi sungai tersebut, tikus bimbang yang kucing akan mengalahkannya di garisan penamat, lalu tikus menggunakan taktik lain dengan menolak kucing masuk ke dalam air.

Ketika lembu hampir sampai di gigi sungai, tikus yang duduk di atas kepala lembu dan terus melompat ke tanah supaya cepat sampai di garisan penamat.

Di belakang lembu ketika itu adalah harimau, walaupun mempunyai kekuatan namun tetap kalah pada halangan sungai dan menyukarkan dirinya untuk sampai dengan cepat ke garisan penamat.

Seterusnya adalah arnab, dia menggunakan cara untuk melompat dari batu ke batu ketika meredah sungai.

Selepas naga sampai di garisan penamat, ia memperlihatkan pula saingan di antara kuda dan ular, di mana ular telah melilit kaki kuda tersebut menyebabkan binatang itu tidak boleh menduduki tempat keenam.

Menyeberangi sungai selepas kuda adalah kambing, monyet, ayam di mana-mana mereka telah bekerjasama untuk membina rakit.

Di garisan penamat, kambing telah mendahului yang lain diikuti monyet serta ayam.

Dalam perlumbaan ini, anjing dilihat ketinggalan kerana berendam dengan lebih lama dalam sungai, dan akhirnya babi paling lewat kerana tertidur kerana makan dengan banyak di separuh perlumbaan.

Setelah mempunyai 12 kedudukan binatang, maharaja memberikan tempat masing-masing dalam kitaran zodiak.

Bagaimanapun, kucing yang di peringkat awalnya terlibat dalam perlumbaan ini telah basah dan lelah, akhirnya melarikan diri.

Maka sebab itulah kucing tidak tersenarai dalam 12 zodiak yang ada, namun kucing bersumpah untuk membalas dendam terhadap tikus.

Sejak itu, kucing dan keturunannya sentiasa mengejar tikus, dengan hasrat untuk menewaskannya.

Jadi, ketika kucing lain mengejar seekor tikus, mungkin ia ingin memberitahu bahawa keturunannya suatu ketika dulu telah di khianati.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]