‘Selama ni salah’… Ini cara betul pemakaian topeng elak virus koronavirus

Dunia digemparkan dengan penularan virus Koronavirus yang boleh membawa kepada kematian penghidapnya.

Penyakit ini dikatakan boleh merebak melalui batuk, selsema dan juga sentuhan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memakai topeng muka untuk mengelakkan dari terkena penyakit ini.

Tapi apa yang perlu orang ramai tahu adalah cara pemakaian topeng yang betul.

Seorang pakar dari World Health Organization (WHO) Collaboration Centre, Seto Wing Hong tampil memberitahu cara yang betul untuk memakai “face mask” ataupun topeng muka.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Bloomberg di laman Facebook QuickTake by Bloomberg, Wing Hong mendemonstrasikan cara pemakaian tersebut dengan beberapa langkah penting yang perlu diambil.

Menurutnya cara yang betul untuk pakai topeng tersebut ialah dengan meletakkan bahagian yang berwarna biru atau berwarna diluar.

Info ini sangat berguna sebab kita biasanya letak yang berwarna tu dekat belah dalam.

Ini langkah-langkah yang telah dikongsikan doktor tersebut;

1. Anda mestilah mempunyai topeng muka yang betul. (Sambil menunjukkan topeng yang ada di tangannya sebagai topeng yang betul)

“Ia berwarna biru di luar kerana ia kalis air. Dan ia mempunyai bahagian berwarna putih yang menyerap. Jadi jika saya batuk, ia akan menyerap,” katanya.

2. Kemudian, anda perlu memakainya begini. Dengan bahagian yang berwarna biru di hadapan dan bahagian berwarna putih berada di dalam (menghadap mulut).

3. Pastikan “strip” di bahagian paling atas menutup bahagian hidung dan menarik bahagian bawah topeng sehingga menutup dagu. Ini katanya adalah bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang menggunakannya.

4. Membuang face mask yang telah dipakai juga adalah sangat penting menurutnya.

“Bila anda memakai topeng, anda harus ingat ia adalah kotor. Jadi bila anda ingin mengalihkan atau membuangnya, jangan sentuh topeng tersebut,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan agar membasuh tangan selepas membuang face mask yang telah dipakai.

Bagi anda yang masih mengalami masalah untuk mengikuti cara pemakaian face mask yang betul, di bawah ini juga ada disediakan langkah-langkah yang telah disediakan oleh laman Facebook Public Health Malaysia.

Wearing a face mask does help if you do it properly.Seto Wing Hong of Hong Kong University demonstrates the correct way to wear a face mask amid the coronavirus outbreak.

Posted by QuickTake by Bloomberg on Friday, January 24, 2020

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]