Elak koronavirus di Malaysia, pekerja lapangan terbang lakukan kerja pembersihan

Gambar Malaysia Airports.

Keadaan yang membimbangkan ketika ini berikutan penyebaran virus koronavirus membuatkan banyak pihak mula mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijangkiti virus tersebut.

Ia termasuklah pekerja di lapangan terbang yang melakukan aktiviti pembersihan secara total supaya tidak dijangkiti virus tersebut.

Ini kerana lapangan terbang menjadi tempat tumpuan untuk kesemua pelancong luar negara mahupun rakyat tempatan pergi ke sesebuah destinasi menaiki kapal terbang.

Maka kawasan itu perlu bersih dan sentiasa bebas daripada sebarang ancaman yang boleh meragut nyawa orang.

Gambar Malaysia Airports.

Apabila berlaku sebarang kes penyakit, kebiasaannya ia boleh merebak dengan mudah dan dijangkiti sesiapa sahaja yang berada di situ.

Maka lapangan terbang perlu melipat gandakan usaha untuk dalam membuat kerja-kerja pembersihan seperti di eskalator, troli dan pelbagai alatan yang sering disentuh ketika di lapangan terbang.

Bagaimanapun bagi pengunjung pula, anda turut dinasihatkan untuk terus memakai topeng dengan cara yang betul bagi menghindari anda dari sebarang kuman dan penyakit.

Gambar Malaysia Airports.

Sebelum ini Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Selasa menyatakan 26 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 106 orang.

Jangkitan yang disahkan bermula di China juga melonjak kepada 4,515 kes, dan ia naik daripada 2,744 pada Isnin.

Gambar Malaysia Airports.

Virus yang membunuh itu disahkan berpunca dari pasar haiwan liar di bandar Wuhan dan dikesan sejak bulan lalu, sekaligus mencetuskan kebimbangan selepas virus itu menular ke seluruh negara itu serta di lebih 12 negara lain.

Kerajaan menutup Wuhan dan bandar lain di wilayah tengah Hubei, menjejaskan 50 juta rakyatnya termasuk ribuan warga asing dalam usaha mengekang penyebaran virus ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Sumber gambar: Malaysia Airports

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]