Mesej penuh bermakna Ronaldo kepada mendiang Kobe Bryant

Kematian pemain bola keranjang legenda Amerika Syarikat, Kobe Bryant selepas terlibat dalam nahas helikopter ternyata mengejut seluruh dunia.

Banyak pihak memberikan penghormatan terakhir kepada pemain itu termasuklah Cristiano Ronaldo.

Beliau antara bintang sukan yang memberikan penghormatan kepada Bryant.

Ronaldo menulis mesej penuh emosi di Twitter miliknya, dengan menyifatkan Bryant sebagai “lagenda”.

“Begitu sedih mendengar berita menyayat hati mengenai kematian Bryant dan anak perempuannya, Gianna.

“Kobe adalah legenda sebenar dan inspirasi kepada ramai orang. Salam takziah kepada keluarga dan kawan-kawannya dan keluarga semua mangsa yang terkorban dalam kemalangan.

“RIP lagenda,” tulis bintang Juventus itu seperti dilaporkan Dailystar.

Bryant terkorban apabila helikopter yang dinaikinya bersama lapan individu lain terbakar sebelum terhempas di bandar Calabasas, California.

Nahas itu mengorbankan kesemua penumpang termasuk anak perempuan Bryant yang berusia 13 tahun, Gianna.

Orang ramai termasuk selebriti turut menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas pemergian Kobe menerusi media sosial.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]