Siap sedia… Jururawat sanggup botakkan kepala demi tugas, elak jangkitan koronavirus

Penularan virus koronavirus terus membimbangkan.

Lebih membimbangkan bagi mereka yang berada di barisan hadapan iaitu mereka yang memberi rawatan dan menolong pesakit iaitu doktor dan jururawat.

Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab seorang jururawat Hospital Renmin dari Universiti Wuhan, Shan Xia, 30, mencukur rambut panjangnya bagi memudahkan tugas ketika di hospital.

Bagi ibu kepada dua anak ini menyifatkan tindakannya bagi mengelakkan jangkitan silang selain dapat menjimatkan masa apabila mahu memakai dan menanggalkan pakaian perlindungan lapor China Daily.

Dalam pada itu sidang media Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan memaklumkan mereka telah menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 959 pekerja perubatan dari tujuh wilayah dan bandar untuk menuju ke Wuhan, pusat epidemik koronavirus.

Pasukan itu adalah dari Henan, Jilin, Liaoning, Shanxi dan Shaanxi, dan majlis-majlis perbandaran Tianjin dan Chongqing.

Dilaporkan, lebih banyak pasukan perubatan sedang bersedia untuk ke Wuhan, menurut suruhanjaya itu.

Suruhanjaya itu juga berkata, tujuh kumpulan dihantar ke Beijing, Hebei, Shanghai, Henan, Hunan, Guangdong dan Sichuan untuk menyelia operasi sistem pentadbiran, dalam usaha membendung penyebaran koronavirus.

Kumpulan itu bakal menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pemantauan epidemik, rawatan perubatan, pencegahan dan kawalan epidemik oleh komuniti dan institusi perubatan, kata suruhanjaya itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]