Wartawan Jepun intip tentera Rusia diusir

Rusia menyerahkan surat mengenai kesalahan wartawan itu kepada kedutaan Jepun di Moscow.

MOSCOW: Pihak berkuasa Rusia mengusir seorang wartawan Jepun kerana disyaki cuba mendapatkan maklumat sulit mengenai tentera Rusia.

Menurut agensi berita Xinhua, memetik agensi berita TASS pada Isnin seorang pegawai Kementerian Luar Negeri Rusia berkata suspek ditahan pada 25 Disember di bandar Vladivostok.

Suspek diberi tempoh 72 jam untuk meninggalkan Rusia, kata pegawai itu.

Kementerian Luar Rusia memanggil menteri penasihat di kedutaan Jepun di Moscow untuk menyerahkan surat mengenai kesalahan yang dilakukan warga Jepun itu, kata pegawai berkenaan.