Wow… 7 mikrofon milik BTS dilelong dan terjual lebih RM300,000

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Korea bernama BTS.

Baru-baru ini satu set mikrofon yang pernah digunakan oleh kumpulan BTS berjaya dilelong dengan harga bidaan tertinggi di sebuah acara lelongan amal bersempena Grammy Awards 2020.

7 mikrofon berserta dengan tandatangan eksklusif anggota kumpulan tersebut dijual dengan harga RM338,250.

Menurut penganjur Julien Auctions, mikrofon tersebut digunakan oleh BTS dari tahun 2017 hingga 2019.

Ia juga pernah digunakan oleh mereka ketika menjayakan siri jelajah Love Yourself: Speak Yourself dan salah satu lokasinya ialah di New York, Amerika Syarikat pada Oktober 2018.

“Dijual dengan harga tinggi! Tujuh mikrofon istimewa dari BTS yang pernah digunakan RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook,” tulis penganjur Juliens Auctions di laman Twitter.

Bagaimanapun, penganjur tidak menyatakan individu atau pihak yang berjaya membida mikrofon tersebut.

Lelongan amal ini dikelolakan oleh Grammy Museum dan Music Cares bersempena Grammy Week 2020.

Selain BTS, penyanyi lain yang turut menyertai program lelongan tersebut ialah Aerosmith, Pete Townshend, Stevie Nicks dan ramai lagi.

BTS dijadualkan akan membuat persembahan pada malam Grammy Awards, Ahad ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]