Agong tengok keadaan mangsa kemalangan di Putrajaya

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Shah meninjau sendiri kemalangan yang berlaku di Putrajaya.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Shah hari ini menghentikan konvoinya untuk menengok keadaan seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya pagi tadi.

Kemalangan itu berlaku di Plaza Tol Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) pada kira-kira 9 pagi tadi dan keprihatinan Sultan Abdullah Shah dirakam dan dimuat naik di Instagram Istana Negara.

Dalam kejadian tersebut, kelihatan sebuah kenderaan berwarna hitam remuk di bahagian hadapan. Warganet yang mengulas kejadian itu percaya kenderaan tersebut hilang kawalan akibat jalan licin kerana hujan di selekoh tajam berhampiran tol.

Selepas berpuas hati dengan keadaan mangsa, Agong meneruskan perjalanan ke Istana Melawati untuk Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Setakat artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 40,000 “like” dan 122 komen. Penonton memuji Sultan Abdullah Shah sebagai raja “berjiwa rakyat”.

Kejadian hari ini bukan pertama kali Sultan Abdullah sendiri turun untuk melihat keadaan mangsa yang terbabit dengan kemalangan jalan raya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]