Menarik… Gundam Factory Yokohama bakal dibuka pada Oktober 2021

Jepun mengambil langkah yang terbaik bagi 2020 dengan menghasilkan sesuatu yang lebih realistik iaitu Gundam Factory pertama yang akan dibina di Yokohama.

Gundam Factory ini akan dibina di Yamashita Pier, Yokohama di mana model RX-78-2 dalam skala sebenar akan dibina.

Lebih menarik, model Gundam ini bukan hanya patung semata-mata tetapi boleh bergerak.

Konsep dan pelan Gundam ini juga diumumkan secara “live” 19 Januari yang lalu menerusi YouTube.

Satu acara khas turut dirancang pada Julai dan Ogos 2020 di mana peminat setia dapat melihat progres kilang ini disiapkan dan dapat melihat pembinaan RX-78-2 di dek khas yang dipanggil Gundam-Dock Tower.

Tiket untuk anda melihat progres ini akan dijual pada April 2020 nanti.

Gundam boleh bergerak ini merupakan kerjasama antara jurutera robotik yang mahukan patung setinggi 18 meter ini menjadi kenyataan.

Untuk yang tidak tahu, RX-78-2 ini adalah model paling ikonik dalam siri Gundam dan ia juga pernah muncul dalam filem Ready Player One.

Anda boleh lihat perlawanan antara RX-78-2 dan Mechagodzilla dalam format 4K dalam video di bawah.

Bukan itu sahaja, Gundam Factory Yokohama turut akan dilengkapi kafe khas dengan tema Gundam serta kedai merchandise untuk semua peminat setia Gundam.

Jika anda mahu melihat Gundam pada skala sebenar, sudah boleh buat tempahan tiket penerbangan bermula Oktober 2021.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]