Pasar basah haiwan eksotik Indonesia lebih ekstrem

Antara sebahagian kelawar yang menjadi pilihan di pasar Tomohan.

Jika sebelum ini kita digemparkan dengan binatang eksotik yang dijual di pasar basah Wuhan, China, terdapat satu lagi tempat yang turut menjual benda yang sama.

Malah menurut Daily Mail, ia menjual binatang yang lebih ekstrem daripada Wuhan iaitu di Pasar Tomohan yang terletak di daerah Sulawesi, Indonesia.

Dalam laporan yang sama, difahamkan mereka bukan sahaja menjual daging haiwan-haiwan eksotik, malah turut membunuh haiwan-haiwan ini di hadapan pengunjung-pengunjung pasar.

Antara yang dijual adalah haiwan yang semakin pupus seperti monyet, kelawar, burung dan ular.

Ular sawa dipotong dan sedia untuk dijual kepada pembeli.

Bukan itu sahaja, malah haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing turut diseksa dan dagingnya dijual serta dimakan.

Ia diceritakan sendiri oleh seorang ahli biologi yang sudah bersuara tentang pengalamannya melawat pasar ini.

Anjing dan kucing yang turut menjadi santapan penduduk di Sulawesi.

Pasar Tomohan sebelum ini di senaraikan sebagai tempat menarik yang perlu dikunjungi di TripAdvisor sehingga kempen kebajikan haiwan membuat aduan dan menurunkan pasar ini dari senarai tersebut.

Namun begitu, penjualan di sana terus berlangsung dan kerajaan di sana juga tidak cuba untuk menghentikan penjualan ini.

Kesemua haiwan eksotik ini akan disalai terlebih dahulu bagi menanggalkan bulunya sebelum diletak untuk dijual.

Walaupun ramai rakyat Indonesia mengatakan hanya orang-orang di kawasan Sulawesi sahaja yang makan haiwan-haiwan seperti ini, ia tetap membimbangkan kerana ia mampu menyebabkan tersebarnya koronavirus seperti yang bermula dari pasar basah Wuhan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]