Degil… Tidak mahu pakai topeng muka, meludah pada orang awam

Seorang wanita bertindak kasar hingga menendang anggota polis kerana ingkar arahan supaya memakai topeng muka.

Inilah padahnya ekoran degil dan tidak mahu mengikut arahan yang ditetapkan meskipun satu dunia tahu penularan wabak koronavirus semakin serius dengan jumlah kes terus mencatat peningkatan.

Di daerah Shenzhen seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Qui ditahan pihak berkuasa selepas berdegil tidak mahu memakai topeng muka.

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa tempatan China telah mengumumkan pemakaian topeng muka diwajibkan di kawasan itu sejak 26 Januari lalu.

Malah ekoran wabak yang tercetus dari Wuhan, China ini menyebabkan kerajaan China menutup bandar itu buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan wabak menjadi lebih serius.

Dan sesiapa yang tidak mematuhi arahan itu boleh dihukum kerana tidak membantu dalam membanteras wabak ini.

Menurut laporan Metro.co.uk Qui yang berada di sebuah pusat membeli belah ditegur oleh beberapa pekerja dan orang awam untuk memakai topeng muka.

Malah, pekerja di pusat membeli belah itu berkata akan menghalaunya jika dia masih berdegil.

Pergaduhan berlaku di antara mereka dan Qui bertindak meludah kepada pelanggan yang lain.

Video yang dirakamkan oleh saksi kejadian dipercayai berlaku di pusat membeli belah Kingkey Banner Center.

Wanita itu dilihat masih berdegil dan melawan pihak polis sebelum menendang pihak polis yang cuba menggarinya.

Dia kemudian dibawa ke hospital Kangning untuk pemeriksaan dan hasil ujian itu mendapati dia bebas daripada wabak tersebut.

Namun dia tetap ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis kerana melanggar arahan yang ditetapkan.

Wabak coronavirus telah diumumkan sebagai situasi kecemasan antarabangsa oleh World Health Organization (WHO) pada minggu lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]