Kerajaan digesa jelas kerahsiaan pergerakan mangsa koronavirus

Kerajaan enggan mendedahkan butiran tempat-tempat yang dikunjungi seorang lelaki berusia 41 tahun, selepas dia disahkan warga tempatan pertama dijangkiti koronavirus.

PETALING JAYA: Seorang aktivis isu-isu kesihatan mahukan penjelasan atas keengganan kerajaan mendedahkan pergerakan mutakhir seorang warga Malaysia yang dijangkiti koronavirus Wuhan.

Chan Chee Khoon, seorang ahli epidemiologi dan pengkritik dasar-dasar kesihatan berkata, kerajaan mesti memberikan alasan untuk merahsiakan tempat-tempat mutakhir yang dikunjungi lelaki berusia 41 tahun dari Selangor itu.

Bercakap kepada FMT, dia membandingkan sikap Putrajaya dengan kerajaan Singapura.

Beliau berkata Singapura memberikan kepada rakyatnya maklumat tentang hotel-hotel yang mutakhir diinap penghidap koronavirus supaya orang awam boleh membuat keputusan adakah mereka akan melanggani hotel-hotel itu.

Laman Kementerian Kesihatan Singapura menyediakan maklumat seperti ini:

“Sebelum kemasukan ke hospital, kes menginap di Village Hotel Sentosa (10 Artillery Avenue), Hotel 81 Princess (21 Lorong 12 Geylang) dan Hotel Home Suite View (12 Lorong 12 Geylang). Dia menyatakan dia melawat Orchard Road dan Geylang dan dengan menaiki teksi. Risiko jangkitan daripada kontak sementara, seperti dalam pengangkutan awam atau di tempat awam, dinilai rendah.”

Chan berkata rakyat harus dimaklumkan tentang pergerakan lelaki itu supaya mereka boleh pilih untuk mengelak atau pergi ke tempat-tempat yang pernah dikunjunginya.

Beliau juga berkata pihak berkuasa kesihatan tidak harus pada ketika ini kecualikan kemungkinan koronavirus boleh dijangkiti melalui kontak dengan permukaan tercemar.

Oleh itu penting bagi kerajaan untuk memberikan butiran mengenai pergerakan mutakhir mangsa di kawasan sesak dan menyediakan maklumat relevan lain, tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib bagaimanapun berkata menamakan hospital swasta di mana mangsa pergi untuk pemeriksaan boleh merumitkan keadaan.

Beliau berkata ada kemungkinan Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama secara langsung dengan hospital-hospital swasta untuk memulakan langkah-langkah mengesan kontak dan pembendungan penyakit.

“Mendedahkan nama-nama fasiliti-fasiliti ini boleh menyukarkan lagi kerja mereka kerana ketakutan orang awam dan syak wasangka kerana kekurangan maklumat boleh menjadi penghalang dalam mengenalpasti dan membawa pesakit-pesakit untuk rawatan.”

Azrul percaya tatacara operasi standard sedang dipatuhi, seperti yang ditunjukkan apabila hospital swasta merujuk pesakit ke Hospital Sungai Buloh.

“Orang ramai perlu terus percaya dan yakin pada petugas penjagaan kesihatan kita supaya mereka boleh melakukan kerja mereka,” tambahnya.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memberitahu FMT bahawa Kementerian Kesihatan akan memanggil semua orang yang mutakhir ditemui mangsa.

“Kementerian tidak mahu menyebabkan suasana panik” dengan mendedahkan maklumat itu, katanya.

“Kita harus terus percaya pada kerajaan.”

Beliau berkata pelbagai pihak berkuasa saling berkongsi semua maklumat relevan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan harus mula memaklumkan lebih banyak maklumat sekiranya kes baru dikesan. Maklumat mengenai tempat-tempat yang dikunjungi mangsa adalah penting, katanya.