4 gorila mati dipercayai di panah petir

Gorila dipercayai antara kumpulan haiwan yang cuba menyeberangi taman negara sejak Ogos lalu. (Gambar WWF)

4 gorila maut selepas disambar petir di Taman Negara Mgahinga di Uganda, pada 3 Februari lalu.

Menurut kumpulan pemuliharaan negara itu, haiwan berkenaan disahkan maut akibat renjatan elektrik selepas pihak patologi selesai menjalankan bedah siasat.

Kumpulan kerjasama rentas sempadan Greater Virunga dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, punca sebenar kematian hanya akan diketahui sebaik laporan makmal yang dijangka mengambil masa antara 2 hingga 3 minggu.

Gorila yang mati itu adalah sebahagian daripada kumpulan haiwan berkenaan yang dikesan menyeberangi taman negara berkenaan sejak Ogos tahun lalu.

“Haiwan itu datang dari Taman Negara Volcanoes yang terletak berhampiran Rwanda. Kematian haiwan itu begitu menyayat hati,” katanya.

Pada 2008, dianggarkan populasi gorila di taman negara itu hanya 680 ekor, namun aktiviti pemuliharaan dan rondaan yang dijalankan membolehkan jumlah haiwan itu meningkat kepada 1,000 ekor.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]