Keliru… Lucinta ditangkap tapi polis bingung letak lokap lelaki atau wanita

Lucinta Luna (kanan) ditangkap selepas dipercayai terlibat kes dadah namun berdepan masalah untuk masuk lokap lelaki atau wanita. (Gambar Instagram Lucinta)

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dangdut, Lucinta Luna yang pernah merakam single bersama Nur Sajat dan Alif Shukri berjudul “Semalam Bobo dimana”.

Dia yang juga selebriti Indonesia, ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Bagaimanapun polis Indonesia kini bingung untuk menempatkan penyanyi transgender berumur 30 tahun itu, di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

“Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan),” kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.

Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, 1.30 pagi Selasa.

Selebriti itu ditahan bersama-sama 3 lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri.

Pihak polis turut menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya.

Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]