Elak koronavirus tersebar, klon Mr Bean nekad tidak keluar dari Bandar Wuhan

Dixon tidak mahu pergerakannya menyebabkan koronavirus tersebar kepada individu lain di luar bandar Wuhan.

Seorang lelaki warga British yang menjadi popular di China kerana meniru karakter Mr Bean enggan meninggalkan Bandar Wuhan.

Menurut Nigel Dixon, 53, dia tidak mahu pergerakannya menyebabkan koronavirus tersebar kepada individu lain di luar bandar itu.

Pada 2 Januari lalu Dixon berkunjung ke Wuhan untuk majlis keraian bersama rakannya.

Sewaktu wabak itu mula menular, Dixon membuat keputusan untuk terus kekal di sana.

Ujar Dixon lagi, dia tidak mahu mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri.

Malah, dia juga mengambil langkah bijak dengan menghasilkan video ilmiah untuk mendidik masyarakat mengenai koronavirus.

Setiap hari, video itu disiarkan secara langsung menerusi platform Kuaishou.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]