Polis sahkan Lucinta perempuan, ‘teman lelaki’ juga perempuan

Lucinta dan ‘teman lelaki’ ditahan polis dipercayai terbabit kes dadah. (Gambar Instagram)

Jantina penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna yang ditahan Selasa lalu dipercayai terbabit penyalahgunaan dadah jenis ecstasy, disahkan seorang perempuan.

Ia berdasarkan keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan yang membenarkan permohonan penukaran jantina Lucinta, tahun lalu.

Perkara itu disahkan Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Polis, Yusri Yunus di Balai Polis Metro Jakarta Barat.

“Lucinta Luna sudah diakui sebagai perempuan sejak Disember lalu,” katanya seperti dilapor agensi.

Selasa lalu, Lucinta, 30, yang pernah menghasilkan video muzik single “Semalam Bobo Dimana” bersama jutawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat Kamaruzzaman, ditahan selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah itu ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta, pada 1.30 pagi.

Lucinta ditahan bersama 3 lagi rakannya iaitu seorang wanita dan pasangan suami isteri.

Polis turut menemukan beberapa pil ecstasy di apartmentnya.

Bagaimanapun penahanan Lucinta membuatkan polis bingung untuk menempatkan penyanyi transgender itu di lokap lelaki atau wanita, akibat keraguan status jantinanya.

Turut ditahan, “teman lelakinya” yang kemudian disahkan polis sebenarnya perempuan.

Menerusi Keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Lucinta kini memiliki nama rasmi Ayluna Putri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]