Romantik… Petani lamar kekasih guna tapak semaian dirakam menerusi Google Maps

Mesej romantik tersebut dibuat menggunakan mesin penyemaian pada kawasan seluas hampir 2 hektar di Huettenberg tengah Jerman. (Gambar Google)

Seorang lelaki di Jerman tidak menyangka mesej lamarannya mendapat perhatian ramai selepas ia dipaparkan menerusi gambar diambil dari udara oleh aplikasi Google Maps.

New York Post melaporkan petani separuh masa, Steffen Schwarz cuba membuat kejutan ‘Adakah anda sudi mengahwini saya?’ dalam bahasa Jerman di sebuah ladang jagung.

Difahamkan, mesej lamaran itu dibuat menggunakan mesin penyemaian pada kawasan seluas hampir 2 hektar di Huettenberg, tengah Jerman.

Schwarz, 32, berkata, dia kemudiannya meminta teman wanitanya menerbangkan dron di ladang terbabit.

“Pada mulanya, dia tidak dapat melihat mesej tersebut kerana dron tersebut diterbangkan terlalu tinggi. Tetapi, dia terus berkata ‘ya’ sebaik sahaja melihat lamaran tersebut. Saya tidak pernah terlintas idea tersebut akan muncul di perkhidmatan peta popular itu.

“Saya hanya menyedari tentang perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh ibu saudara yang menetap di Kanada,” katanya.

Difahamkan pasangan terbabit merancang untuk berkahwin pada Jun depan dan dron tersebut akan digunakan sekali lagi untuk mengambil foto perkahwinan mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]