Wow… NASA buka tawaran kerja gaji minimum RM200,000 sebulan

Dilaporkan gaji angkasawan mampu mencecah sehingga RM200,000 ke RM300,000 sebulan. (Gambar NASA)

Sesiapa sahaja pasti ada mempunyai impian untuk menjadi angkasawan namun persoalannya sama ada layak atau tidak sahaja.

Dan ini berita baik buat mereka di luar sana yang bercita-cita hendak kerja dengan NASA.

Baru-baru ni NASA umumkan yang mereka ingin menambah keanggotaan dalam jabatan angkasawan yang kini memiliki 48 anggota.

Dilaporkan gaji angkasawan mampu mencecah sehingga RM200,000 ke RM300,000 sebulan.

Jadi anda boleh bayangkan kerja 5 bulan di bulan, balik anda sudah jadi jutawan!

Sebenarnya pencarian ini merupakan sebahagian perancangan NASA dalam usaha mereka untuk memperluaskan misi ruang angkasa pada masa akan datang.

Permohonan ini dibuka bagi mencari kumpulan angkasawan bagi pertengahan tahun 2021 dengan sesi latihan akan dijalankan di Johnson Space Center di Houstan, Texas.

Permohonan dibuka bermula 2 Mac 2020.

Difahamkan buat pertama kalinya calon diminta untuk menjawab ujian secara online selama 2 jam.

Proses yang akan dilalui oleh calon juga dilaporkan akan dilakukan dengan sangat ketat dan teliti serta memerlukan ketahanan mental yang tinggi.

Untuk makluman, Januari lepas daripada 18,000 calon hanya 11 sahaja yang lulus manakala selebihnya gagal.

Mereka yang terpilih akan menjalani kelas di ibu pejabat NASA antaranya di kelas Neutral Buoyancy malah turut akan menguji jet latihan T-38, Sistem Stesen Angkasa Antarabangsa selain belajar bahasa Rusia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]