Justin akui sangat mencintai Hailey, semakin terbuka kongsi kisah rumah tangga

Justin dan Hailey kini menjadi pasangan yang sukar dipisahkan dan saling mencintai satu sama lain.

Sejak akhir-akhir ini, penyanyi Justin Bieber bersikap lebih terbuka mengenai kisah rumah tangganya bersama isteri, Hailey Baldwin.

Menurut laporan Dailymail, Justin mengaku dia lebih banyak menghabiskan masa bersama isteri di bilik tidur.

“Saya suka sentiasa berada bersama isteri… rasanya anda boleh meneka apa kami lakukan sepanjang hari, semuanya boleh jadi gila, sama seperti anda juga.

“Selain itu kami suka menonton Netflix dan bersantai sahaja di bilik, rasa lebih senang apabila bersama isteri di bilik.

“Perkahwinan itu sangat indah… tapi jangan tertipu, alam perkahwinan juga tidak mudah. Ia perlukan usaha,” katanya.

Terdahulu, Justin dan Hailey menjalinkan hubungan percintaan mereka sejak tahun 2016 sebelum memutuskan pertunangan mereka.

Pada September 2018, mereka akhirnya berkahwin di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]