Snek jagung tortilla dengan perisa terbaru sesuai bagi mereka pentingkan khasiat

Sophia Liana (DeFam), Juzzthin, dan Loca B bersama dengan Naib presiden operasi, Mission Foods Asia, Constantino Flores.

Mission Foods tampil dengan snek cip jagung tortilla dalam bentuk jalur panjang dengan 3 perisa baru iaitu Tom Yum, Peri Peri, dan Spicy Szechuan Seafood.

Bentuk dan perisa baharu cip jagung ini pastinya memberikan satu kelainan buat penggemar snek di Malaysia.

Menurut Naib presiden operasi, Mission Foods Asia, Constantino Flores, bentuk dan perisa baharu cip ini memperkenalkan cara yang berbeza bagaimana anda menikmati snek bersama-sama.

“Bentuk jalur ini menjadikannya lebih mudah untuk dimakan dan dicelup, pengalaman yang menjadi idaman ramai. Kami juga ingin memberikan cip jagung berperisa yang tidak terduga dan disukai ramai kepada pengguna perisa yang boleh dirasai nikmatnya terus daripada bungkusan dan dengan ini pelanggan tidak lagi perlu ‘mencelup’ bersama-sama,” kata Constantino pada majlis pelancaran snek tersebut baru-baru ini.

Kepingan jagung terbaharu ini masih lagi mengekalkan tekstur yang ringan serta rangup, dan menjadi pilihan ramai kerana ia mengandungi 30% kurang minyak daripada kerepek kentang dan ia diperbuat daripada 100% jagung.

Selain itu, snek ini bebas daripada bahan pengawet dan warna tiruan.

Ternyata dengan pengambilan snek cip jagung pada masa yang sama dapat membantu diet seseorang kerana ia kandungan bahan yang digunakan sihat dan berkhasiat.

Snek cip jagung tortilla tampil dengan 3 perisa baru Tom Yum, Peri Peri, dan Spicy Szechuan Seafood.

Pada majlis pelancaran itu turut dilancarkan Kempen #RipStripSkiptheDip yang menampilkan penyanyi rap terkenal Sophia Liana (DeFam), Juzzthin, dan Loca B, dan dihoskan oleh penyanyi rap terkenal Hunny Madu.

Ketiga-tiga penyanyi rap ini tidak ketinggalan membuat persembahan dengan menyanyi rap di mana lirik mereka berdasarkan setiap perasa snek yang dilancarkan pada hari tersebut.

Rangkaian perasa snek jagung terbaharu ini kini boleh didapati dalam pek 120g di semua pasaraya terkemuka.

Hashtags #MissionCornStrips #MissionFoodsMY #RipStripSkipTheDip untuk mengikuti kempen ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]