2 penumpang Diamond Princess dari Malaysia positif Covid-19

Seramai 455 penumpang kapal persiaran Diamond Princess yang sedang berlabuh di Pelabuhan Yokohama, Jepun disahkan positif Covid-19 setakat semalam. (Gambar AP)

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook rasminya berkata, 2 lagi rakyat Malaysia masih menunggu keputusan ujian Covid-19.

“Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang disahkan positif.

“Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun.”

Semalam, media melaporkan 455 penumpang kapal itu disahkan positif Covid-19 sehingga kini.