Koronavirus: Singapore Airlines kurangkan penerbangan di seluruh rangkaian global

Singapore Airlines sebelum ini mengurangkan penerbangan ke tanah besar China dan Hong Kong susulan wabak koronavirus.

SYDNEY: Singapore Airlines Ltd hari ini berkata ia akan mengurangkan penerbangan di seluruh rangkaian globalnya buat sementara pada Mac, April, dan Mei kerana permintaan yang lemah akibat wabak koronavirus.

Destinasi yang akan dikurangkan perkhidmatan antaranya Los Angeles, Frankfurt, Paris, Tokyo, Seoul, Jakarta, Sydney, dan Mumbai, kata syarikat penerbangan itu di lamannya.

Syarikat itu telah mengumumkan pengurangan penerbangan ke tanah besar China dan Hong Kong.