Covid-19: Rakyat Hong Kong panik hingga sanggup rompak tisu tandas

Bekalan tisu tandas di Hong Kong dilaporkan mencukupi oleh kerajaan China dan tidak perlu melakukan pembelian panik sehingga menakutkan orang ramai. (Gambar SCMP)

Penularan mendadak Covid-19 mencetuskan panik dalam kalangan sebahagian penduduk dunia.

Bukan sahaja topeng muka habis stok malah sanitizer juga berkurangan sehingga ada warga China yang sanggup menikam lelaki tua dan kanak-kanak 7 tahun semata-mata mahu berebut botol sanitizer yang terakhir.

Kemudian tular pula rakyat Singapura yang ketakutan melakukan “pembelian panik”.

Bukan hanya di Singapura, tetapi di Hong Kong juga penduduknya tergesa-gesa membeli barang-barang keperluan seperti tisu tandas, beras dan produk pencuci.

Difahamkan, pembelian panik ini terjadi apabila penduduk menerima laporan bahawa bekalan produk itu akan berkurangan kerana penularan Covid-19.

Berikutan itu, 3 perompak bersenjata telah merompak ratusan tisu tandas selepas bekalan produk itu berkurangan.

Kebanyakan rak di dalam pusat membeli belah kosong dek kerana pembelian panik sesetengah orang. (Gambar SCMP)

Menurut pihak berkuasa, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi dimana para perompak menahan sebuah lori di luar pasar raya dengan bersenjatakan pisau sebelum melarikan ratusan tisu tandas bernilai RM532.

Bagaimanapun, bekalan untuk produk tersebut sebenarnya mencukupi untuk keperluan rakyat di Hong Kong menurut kerajaan China.

Malah, kerajaan China turut menasihati agar tidak membeli dan menyimpan tisu tandas yang banyak kerana akan terdedah kepada ketumbuhan kulat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]