Wajah seiras Meghan Markle menyebabkan ditegur lebih 10 kali

Wajah Christine Mathis seiras dengan Meghan Markle hingga sering ditegur orang ramai yang salah sangka terhadap dirinya. (Gambar SWNS)

Gara-gara mempunyai wajah seiras isteri kepada Putera Harry, penumpang pesawat sering tersilap kerana menyangka wanita yang bekerja sebagai kru kabin ini Meghan Markle.

Christine Mathis, 32, dari Amerika Syarikat yang merupakan pembantu syarikat penerbangan tambang murah, JetBlue Airline mendakwa, dia mula mendapat perhatian sejak Duchess of Sussex terbabit membintangi rancangan TV berjudul “Suits” pada 2011.

“Orang sekeliling pernah menyapa saya sehingga 10 kali sehari kerana menyangka saya adalah selebriti. Saya menganggap ia satu pujian,” katanya.

Terbaru Christine memaklumkan Fox News dia telah menandatangani dengan satu agensi untuk membawa watak sebagai Meghan.

Baginya ini satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan kerana sebelum ini dia pernah mengimpikan untuk menjadi selebriti.

Christine Mathis merupakan pembantu syarikat penerbangan tambang murah, JetBlue Airline.

Katanya lagi, antara insiden yang melucukan ketika pihak berkuasa memeriksa pasport miliknya kerana menyangka dirinya sebagai Meghan.

“Ahli dermatologi pernah mendakwa saya sebagai Meghan dan cuba menggunakan nama palsu kerana mahu membuang tahi lalat secara rahsia,” tambahnya.

Selain itu, ada juga penumpang yang menegurnya, “Anda sudah berkahwin dengan seorang putera, mengapa bekerja sebagai kru kabin?”

“Saya dapat lihat persamaan kami. Mungkin ada kaitan kerana Meghan dan saya adalah hasil perkahwinan kacukan. Bapa saya berketurunan Afrika-Amerika dan Itali, manakala ibu Meghan pula berketurunan Afrika-Amerika,” ujarnya lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]