Honda Malaysia umum kenaikan harga 3 model bermula hari ini

Gambar AP.

PETALING JAYA: Honda Malaysia hari ini mengumumkan beberapa kenderaan jenama berkenaan akan mengalami kenaikan harga antara 5% hingga 9%, bergantung pada model dan varian, berkuat kuasa hari ini.

Antara model terlibat dalam kenaikan itu Jazz, City, dan CR-V.

“Harga lebih tinggi yang dijangka bagi kereta Honda terpilih itu susulan semakan insentif khusus bagi pemasangan tempatan (CKD),” katanya dalam kenyataan.

Katanya insentif khusus itu berbeza dengan peraturan penilaian eksais yang diumumkan sebelum ini, yang sudah dijangka tidak akan memberi kesan pada harga kenderaan.

“Honda Malaysia akan patuhi keperluan terkini sepenuhnya.

“Penyelarasan harga akan segerak di semua pengedar Honda seluruh negara,” katanya.