Tahukah anda siapa perkenalkan konsep ‘cut, copy & paste’!

Larry Tesler seorang saintis komputer yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep “cut, copy & paste” pada tahun 1973.

Larry Tesler, seorang saintis komputer yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep “cut, copy & paste” pada tahun 1973, dilaporkan meninggal dunia pada usia 74 tahun Isnin lalu.

Kejayaan beliau dalam memperkenalkan fungsi ini telah menyumbang sesuatu yang sangat besar dalam memudahkan orang ramai menggunakan komputer.

Mengimbas kembali perjalanan hidupnya, beliau dilahirkan pada tahun 1945 di New York dan menyambung pengajian dalam bidang sains komputer di Stanford.

Selepas bekerja dalam penghasilan kajian AI, beliau menyertai Xerox’s Palo Alto Research Center (PARC) pada tahun 1973.

Pada tahun itulah, beliau mula memperkenalkan konsep “cut, copy & paste” ini.

Kejayaannya ini telah menarik perhatian pengasas Apple iaitu Steve Jobs.

Beliau mula menyertai syarikat Apple pada tahun 1980 dan membantu dalam membangunkan Macintosh, QuickTime, Lisa dan Newton yang merupakan sumbangan penting dalam syarikat itu.

Larry merupakan salah satu tokoh penting di dalam Apple dan pernah berkhidmat sebagai VP teknologi canggih pada tahun 1986.

Kemudian beliau dinaikkan pangkat kepada VP dan ketua saintis pada tahun 1993.

Penglibatan beliau bersama Apple terhenti pada tahun 1997 apabila beliau mengumumkan pengundurannya dari syarikat itu.

Selain daripada syarikat Apple, beliau juga dilaporkan pernah berkhidmat di Amazon, Yahoo dan beberapa syarikat teknologi yang lain.

Inovasi dan sumbangan beliau dalam memperkenalkan fungsi “cut, copy & paste” ini sangat memudahkan kerja mereka yang sering menggunakan komputer sehingga kini.

Walaupun beliau tidak dikenali seperti tokoh teknologi yang lain seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg tetapi inovasi beliau ini sangat penting dalam sistem komputer kini.

Tanpa Larry Tesler, dapatkah anda bayangkan bagaimana jika fungsi “cut, copy & paste” dalam aplikasi teknologi terkini tidak diperkenalkan?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]