Aplikasi Signal dijangka bakal menyaingi WhatsApp

Kedudukan WhatsApp bakal tergugat dengan kehadiran Signal Messenger. (Gambar signal.org)

Sejak Facebook beli aplikasi WhatsApp pada 2014 dan bergabung bersama Instagram, ramai yang beranggapan mesej peribadi mereka kini lebih mudah terdedah.

Malah ada yang mula beralih arah dengan mencari aplikasi lain yang lebih sesuai.

Menurut laporan wired.co.uk salah satu aplikasi seakan WhatsApp ialah “Signal” dan ia dilihat diterima baik oleh pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Movis Marlinspike berkata, Signal Messenger akan membuat sedikit perubahan daripada segi maklumat data (encrypted) komunikasi bagi memudahkan pengguna.

Ini kerana pengguna utama aplikasi ini daripada golongan mereka yang mementingkan keselamatan siber dan pakar-pakar privasi.

Malah dilaporkan pemaju aplikasi ini lebih fokus kepada memudah dan menyenangkan semua pengguna.

Pada 2018, pengasas bersama WhatsApp, Brian Acton melabur sebanyak RM208 juta dalam membangunkan projek end-to end encryption untuk Signal.

Dan terbaru Signal menerima sokongan untuk pengguna I-pad dan turut mengumumkan bakal mempunyai sistem unik khusus buat mesej berkumpulan.

Fokusnya kini untuk menjadikan Signal lebih mesra pengguna, menyamai Facebook Messenger dan WhatsApp.

Bermula pada 2016, aplikasi ini mempunyai 2 juta pengguna dan kini meningkat sehingga 5 kali ganda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]