Covid-19: Penumpang pesawat sanggup berselubung dengan plastik elak dijangkiti

2 penumpang dilihat memakai sut badan plastik bagi mengelak dijangkiti Covid-19. (Gambar Twitter)

Pelbagai ragam manusia malah orang sanggup buat apa sahaja bagi mengelakkan daripada dijangkiti virus Covid-19.

Tidak dinafikan penularan Covid-19 menjadi kebimbangan masyarakat satu dunia sejak ia mula menular pada Disember lalu.

Memetik laporan Daily Mail, kejadian ini berlaku di Australia apabila tular rakaman melibatkan 2 penumpang pesawat yang berselubung dengan plastik daripada kepala hingga hujung kaki.

Mereka dikatakan memakai sut badan plastik demi mengelak dijangkiti Covid-19.

“Terkini, di belakang saya dalam pesawat. Bila kamu terlalu takut #coronavirus #Covid19,” tulis individu yang berkongsi video itu di Twitter.

Selain terpegun serta menganggap ia satu perbuatan yang aneh, ada pula yang memuji sut plastik itu yang dikatakan sebagai satu fesyen yang menarik.

Sebelum ini tular di China beberapa individu memakai botol air yang diubah suai malah seorang wanita memakai kostum zirafah kerana enggan dirinya dijangkiti virus itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]