Kafe Detective Conan tawarkan ‘dadah’ sebagai sajian utama seperti dalam anime

Antara anime yang mendapat tempat di hati peminat tidak kira di sekitar Jepun mahupun seluruh dunia sudah tentu Detektif Conan.

Filem terbaru Detective Conan: The Scarlet Bullet yang bakal menemui penonton turut menyaksikan pelancaran 12 kafe baru di 9 bandar yang bertemakan Conan sendiri.

Antara bandar yang dipilih Tokyo, Osaka, Chiba, Hiroshima, Fukuako, dan Nagoya.

Namun apa yang lebih teruja menu yang disediakan oleh kafe ini.

Melalui satu laporan yang dikeluarkan oleh SoraNews24, kafe ini bakal menyediakan menu yang berbeza di 9 lokasi.

Tetapi apa yang lebih teruja pengenalan kepada satu menu yang bertemakan “dadah” yang pernah diambil oleh Conan sehingga memberi kesan kepada tahap ketinggian beliau.

Menu yang diberi nama “APTX 4869” ini sebenarnya kari daging versi Jepun yang dihidangkan dengan gaya dan reka bentuk seperti ubat yang pernah di ambil oleh Conan pada episod pertama siri detektif tersebut.

Untuk anda yang berminat berkunjung ke kafe ini, anda dinasihatkan agar menempah tempat di kafe ini terlebih dahulu.

Tanpa tempahan, anda mungkin terlepas peluang untuk merasa “dadah” baru yang memberi kesan kepada Conan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]