Kaji kesan empangan Papar, kata NGO Sabah

Aktivis mengadakan himpunan membantah empangan Papar di Mondoringin pada 1 Ogos tahun lepas.

KOTA KINABALU: Dua kumpulan anti-empangan menggesa pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya bebas untuk mengkaji kesan empangan Papar.

Pasukan Petugas Membantah Empangan Kaiduan (Takad) dan Jawatankuasa Selamatkan Sungai Papar membuat gesaan itu hari ini berikutan keputusan kerajaan Sabah untuk meneruskan projek berkenaan.

Jurucakap kumpulan terbabit Siana Sipail berkata, mereka berasa dikhianati oleh kerajaan negeri pimpinan Warisan yang dipilih sebelum ini bagi menghentikan projek berkenaan.

“Kami menggesa sebuah suruhanjaya bebas bagi mengkaji empangan Papar yang dicadangkan itu ditubuhkan. Ia harus melibatkan pakar dari Sabah dan sebagainya untuk mengkaji permintaan sebenar dan kapasiti (empangan).

“Mereka juga perlu mengkaji kesannya ke atas penduduk pribumi dan alam sekitar secara terbuka, telus, inklusif dan objektif.

“Kerajaan yang dipilih oleh rakyat mesti mengutamakan rakyat, terutama masyrakat pribumi dan alam semula jadi, bukannya kontraktor dan keuntungan,” katanya hari ini.

Bantahan terbaru kumpulan berkenaan dibuat berikutan kenyataan terbaru Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Peter Anthony bahawa projek tersebut akan diteruskan seperti dirancang.

Terdahulu kumpulan itu menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Menteri Shafie Apdal bagi menyuarakan protes mereka, selain meminta beliau meneroka alternatif lain.

Sipail juga menggesa kerajaan negeri menimbangkan pandangan pakar geologi Sabah Dr Felix Tongkul yang mencadangkan pembinaan takungan air, bukannya empangan mega.

Empangan Papar, yang sebelum ini dikenali sebagai empangan Kaiduan, dicadangkan dibina bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di pantai barat sabah menjelang 2024.

Kumpulan anti-empangan itu sebelum ini membantah pembinaan projek berkenaan yang pada asalnya ditempatkkan di Ulu Papar, Penampang semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Mereka kini beralih tumpuan kepada Warisan yang berjanji untuk menempatkan empanganm berkenaan di Penampang, tetapi kemudian mengubahnya ke Papar, yang merupakan daerah bersebelahan.

Pembinaan empangan Papar di Kampung Mondorongin dijadualkan bermula tahun ini dengan kos lebih RM3 bilion. Ia mempunyai kapasiti pengeluaran air sehingga 1 bilion liter sehari.

“Kami kesan kerana kerajaan Sabah memutuskan untuk membuat peralihan kecil lokasi empangan, bukannya membatalkan projek itu sama sekali susulan kebimbangan kesannya ke atas persekitgaran dan masyarakat pribumi,” kata Sipail.

Beliau berkata, Anthony sepatutnya lebih sedar tentang kesan pembinaan empangan tersebut keramna beliau sendiri merupakan pribumi Sabah yang bergantung hidup pada kegiatan pertanian dan hak adat pribumi.

“Kami keliru kenapa kerajaan Warisan-PH tergesa-gesa meneruskan projek ini dan secara senyap-senyap.