‘Gua Lipas’ di Sabah beri pengalaman unik

Gua Gomantong mempunyai pelbagai spesis lipas paling banyak di dunia malah ada juga kelawar, kumbang, tikus, pepijat dan ular.

Sabah antara destinasi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara.

Bukan sahaja mempunyai pemandangan yang memukau mata tetapi anda juga dapat melihat budaya masyarakat di Sabah yang unik.

Terdapat pelbagai destinasi menarik yang anda boleh kunjungi di Sabah, tetapi ada satu destinasi yang ramai tidak tahu iaitu Gua Gomantong.

Menariknya, Gua Gomantong ini dikenali sebagai gua lipas kerana terdapat pelbagai spesis lipas boleh ditemui dalam gua tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Gua Gomantong ini terletak di Sandakan, Sabah dan akan memberikan anda satu pengalaman berbeza apabila berkunjung ke sini.

Pendedahan ini dibuat menerusi satu rancangan dokumentari “The Other Side”.

Andai kata anda takut dengan serangga tersebut, inilah saatnya untuk anda mengatasi masalah anda dengan menerokai gua ini.

Difahamkan gua ini merupakan lokasi lipas paling banyak di dunia dan bukan hanya ada lipas tetapi terdapat kelawar, kumbang, tikus, pepijat dan ular di dalam gua.

Malah, gua itu diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]