Harap peminat K-Pop tidak kecewa, Chen Exo mohon maaf umum kahwin tiba-tiba

Chen daripada kumpulan Exo kemuka permohonan maaf kepada peminatnya selepas umum kahwin secara mengejut.

Chen, dari ahli kumpulan K-pop terkenal, Exo memohon maaf kepada peminatnya kerana membuat pengumuman perkahwinan secara mendadak.

Menurut Soompi, Chen telah membuat surat permohonan maaf kepada peminatnya kerana tidak mahu mereka terus kecewa dengan berita pertunangan dan perkahwinannya ini.

“Saya nak minta maaf kepada semua orang kerana kena tunggu lama untuk saya tulis surat ini. Saya juga ingin minta maaf kepada EXO-L yang terkejut dengan berita mendadak ini.

“Saya sedih melihat ramai yang kecewa dan terluka dengan pengumuman saya sebelum ini tapi saya sangat bersyukur dengan kasih sayang yang anda semua beri.

Saya akan buktikan yang saya akan terus bekerja keras selepas ini.”

Surat permohonan maaf ini dikeluarkan selepas Chen membuat pengumuman dia bakal berkahwin dengan kekasihnya yang kini sedang mengandung anak mereka pada 14 Januari lalu.

Untuk tidak membiarkan berita ini terus menjadi spekulasi, agensi pengurusan SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan mengatakan majlis perkahwinan penyanyi ini akan dibuat secara tertutup.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]