Agong terima peletakan jawatan Dr M

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad melambai ke arah media selepas menghadap Agong di Istana Negara hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali malam ini mengumumkan Agong bersetuju untuk terima peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, Sultan Abdullah juga bersetuju untuk melantik Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri baru selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Selaku perdana menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri dan ahli Kabinet yang baru dibentuk,” katanya dalam kenyataan.